my dunia
NKRA: Rasuah
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)-National
Key Result Area adalah usaha kerajaan
yang telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Najib Tun Razak , Perdana
Menteri Malaysia yang merupakan hala
tuju transformasi kerajaan (GTP) dengan berprinsipkan 1Malaysia, Rakyat
didahulukan, Pencapaian diutamakan. Fokus kepada
satu daripada enam bidang NKRA
iaitu Rasuah, Akses Malaysia telah bertemu dengan Datuk Hisham Nordin, Ketua Makmal
keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengupas isu ini dengan lebih lanjut.
Memulakan bicara dengan mengulas
tentang isu semasa, Datuk Hisham Nordin
menyifatkan tindakan Datuk seri Najib Tun Razak dalam menangani rasuah bukan
sahaja dari segi retorik malah ianya telah dilaksanakan dalam bentuk tindakan
seperti perlantikan Datuk Paul low Seng Kuan , President Transparency
International Malaysia, sebagai menteri
di Jabatan perdana Menteri. Hal ini
boleh disifatkan sebagai penanda aras kepada Malaysia kerana mengiktiraf badan bukan kerajaan (NGO) untuk
turut bersama-sama dalam melaksanakan usaha kerajaan. Menurut beliau lagi, sokongan daripada masyarakat sivil (sivil
society) ini penting supaya usaha dalam
memerangi rasuah tidak dipandang berat sebelah. Hal ini juga boleh menaikkan taraf intergriti kerajaan dan
pengurus tadbir kerajaan.
RASUAH: TIADA KEKEBALAN
UNDANG-UNDANG
Rasuah didefinisikan sebagai suatu jenayah undang-undang dimana
seseorang mendapat kebebasan, kontrak
atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi
wang, hadiah atau keraian kepada pihak-pihak
tersebut. Isu rasuah merupakan isu yang
sensitif yang mampu menjatuhkan intergriti seseorang jika disabitkan kesalahan.
Menurut beliau lagi rasuah sering menjadi perdebatan dan
hebat dipermainkan oleh pihak-pihak yang terlibat terutama dalam usaha mendapatkan kepercayaan
masyarakat. Hal ini kerana rasuah adalah satu isu yang sangat dekat di hati
masyarakat.
“Saya berharap semua lapisan
masyarakat memandang rasuah sebagai satu isu yang berat dan bukan isu yang berpuak-puak
yang mana hanya menjurus kepada satu
pihak mahupun satu bangsa sahaja.” tegas beliau . Beliau turut menekankan
bahawa tiada siapa yang mendapat kekebalan undang-undang terutama hal yang berkaitan dengan rasuah. Sesiapa
sahaja berhak dikenakan tindakan sekiranya disabitkan kesalahan tidak kira samada kaum keluarga atau pihak yang mempunyai
kuasa.
Di Malaysia, tiada nilai rasuah yang dikecualikan. Daripada rasuah yang bernilai kecil (petty
corruption) sehinggalah rasuah bernilai besar ( grand corruption). Hal ini
kerana masyarakat perlu didik supaya tidak bertolak ansur dengan jenayah
rasuah.
“ Tipulah kalau saya kata Malaysia
tidak ada rasuah, selagi kita duduk di dunia selagi itu ada rasuah walaupun
ianya dalam jumlah yang sangat kecil.
Sama seperti maksiat. Tapi apa yang kita boleh buat adalah jangan bertolak
ansur dengan isu rasuah ini.” Katanya lagi.
PENGKALAN DATA PESALAH RASUAH
Datuk Hisham Nordin menjelaskan bahawa data yang diambil daripada pesalah adalah data pengetahuan umum. Data tersebut
boleh didapati di surat khabar dan juga boleh di akses oleh sesiapa pun
yang mahu mendapatkannya di makamah.
Perbicaraan rasuah adalah sebuah perbicaraan yang terbuka. Impak kepada pendedahan ini sangat besar kerana ia
mampu mengawal masyarakat daripada melakukan
rasuah. Menurut beliau lagi cara ini turut dipraktikan di negara-negra luar
seperti Singapura. Hal ini juga dapat membantu mempermudahkan urusan berkaitan
dengan pihak bank dan pihak kedutaan.
Beliau menjelaskan bahawanya pengkalan
data ini bukanlah senarai hitam tetapi ianya pemaklum kepada pihak-pihak
terlibat mengenai latar belakang jenayah
individu yang berurusan dengan mereka.
LIABILITI KOPERAT
Salah satu inisiatif yang dicadangkan oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah Liabiliti Koperat. Syarikat atau organisasi perlu menangung
liabiliti sekiranya pekerjanya
disabitkan kesalahan rasuah. Kadar liabiliti yang dikenakan bergantung kepada
kes. Hal ini bagi mengenalpasti samada kesalahan rasuah yang dijalankan adalah dibawah pengetahuan
pihak syarikat atau tidak. Pendekatan ini wajar
bagi mengelakkan ketidak adilan dalam menghukum pesalah
rasuah. Hal yang demikian kerana
syarikat atau organisasi berpotensi dalam memberi ruang kepada
pekerjanya untuk melakukan rasuah. Pendekatan ini adalah dibawah akta SPRM yang
akan dikuat kuasakan dalam masa terdekat ini.
MAKAMAH KHAS RASUAH
Menurut Datuk Hisham Nordin lagi, rasuah bukan lagi sesuatu isu yang takut untuk diperkatakan malah ianya menjadi
alat untuk menjatuhkan sesama sendiri. Makamah khas bagi rasuah dibina
bukanlah untuk mengisytiharkan gejala rasuah di Malaysia ini telah berada di tahap
kritikal tetapi bagi meyakinkan masyarakat mengenai kredibiliti SPRM dalam
menangani rasuah. Pesalah yang ditangkap
tidak akan dihukum serta merta tetapi perlu menjalani pebicaraan terlebih dahulu
sebelum disabitkan hukuman. Mahkamah khas ini ditubuhkan supaya pesalah rasuah
di bicara seadil-adilnya oleh mereka yang pakar dalam bidang ini dan kes
diselesaikan dengan cepat.
Hakim-hakim makamah rasuah mempunya
elemen keraguan (elemen of doubt) yang berbeza berbanding hakim-hakim yang
lain. Hakim makamah rasuah perlu membuat
kesimpulan kes melalui bukti-bukti yang ada. Hakim yang dipilih adalah hakim
yang berpengalaman lebih dari 15 tahun. Di Malaysia, beban bukti adalah di atas
pertuduh. Pertuduh perlu membuktikan bahawa pesalah itu bersalah. Dalam kes
ini, beban bukti terletak pada pertuduh atau
SPRM sendiri.
Masyarakat perlu peka bahawa di
Malaysia mengamalkan perlembagaan berparlimen dimana terdapat pembahagian kuasa. Bagi kes rasuah ini, SPRM berkuasa untuk menyiasat, peguam negara
berkuasa untuk mendakwa dan yang berhak
menjatuhkan hukuman adalah hakim.Hal ini membuktikan intergriti dan ketelusan
dalam pentadbiran kerajaan. Hasilnya conversion rate pada tahun 2009 adalah sekitar 60 % dan setakat ini conversion rate meningkat sebanyak 82 % . Indeks prestasi utama (KPI) terhadap makamah
rasuah menunjukkan kejayaan dalam
memberkas pesalah rasuah semakin meningkat.
VIDEO INTERVIEWING ROOM
Datuk Hisham Nordin turut
menjelaskan tentang pembinaan bilik khas yang dipanggil ‘video Interview Room’
(VIR). Bilik khas itu dilengkapi alat perakam dan kamera video yang berkualiti
tinggi untuk memantau serta merekod
penyataan dan tingkah laku saksi dan pegawai SPRM sepanjang perjalanan sesi temu bual . Beliau
berkata, langkah itu diambil bagi menangkas tohmahan serta tuduhan orang luar
bahawa SPRM mengasari dan memaksa saksi yang ditemu bual supaya mengaku
kesalahan tanpa rela.
AKTA PELINDUNG PEMBERI MAKLUMAT
Datuk Hisham turut meyakinkan pemberitahu maklumat bahawa kedudukan dan identiti
mereka akan dilindungi oleh agensi dan penguatkuasa. Hal ini bagi memudahkan urusan
penyiasatan dan mengelakan
penggunaan surat layang. Masyarakat
digalakan untuk berani tampil kehadapan sekiranya tahu mengenai kejadian
jenayah rasuah kerana mereka akan
dilindungi. Sekiranya pihak penguasa dan agensi didapati mendedahkan identiti
pemberitahu maklumat . Tindakan akan dikenakan kepada yang terlibat. Namun
sekiranya pemberitahu maklumat menyalah gunakan akta ini, mereka juga akan dikenakan tindakan.
CABARAN NKRA RASUAH
Menurut beliau, Cabaran NKRA rasuah
ini adalah persepsi; Persepsi masyarakat
yang dipengaruhi oleh media. Tambah
Datuk Hisham Nordin lagi, kini media dipermainkan oleh parti politik. Bagi golongan muda, media arus perdana tidak
lagi menjadi sumber utama maklumat mereka tetapi mereka lebih kepada media sosial . Oleh itu , SPRM cuba untuk mencapai
kesemua rangkaian yang mampu memberi akses kepada masyarakat. Media di Malaysia
PANEL BEBAS
Sejak SPRM ditubuhkan pada 2009,
pihak SPRM meneliti langkah-langkah yang diamalkan di negara luar yang mampu membuahkan
kejayaan dalam menangani isu rasuah.
Menurutnya, di Malaysia terdapat lima
panel bebas yang memantau perjalanan SPRM . Mereka terdiri daripada Pegawai kerajaan yang telah bersara dan mempunyai reputasi yang
baik. Dari segi kewangan dan
penjawatan SPRM adalah melalui Jabatan
perdana menteri . SPRM turut mempunyai panel penilaian operasi .
Panel penilaian operasi berkuasa untuk menilai samada kes tersebut wajar
ditutup atau terus dibicarakan. Selain itu , Jawatan kuasa aduan juga
diwujudkan bagi melihat apa-apa aduan
yang berkaitan dengan SPRM. Panel
pencegahan dan perundingan pula melihat
isu-isu pencegahan
.Beliau turut menjelaskan bahawa siasatan
dijalankan bersama-sama dengan kerjasama
dari
pakar-pakar yang lain
seperti badan perakaunan forensik.
“Jika dulu, orang bagi rasuah melalui
bawah meja, bawa beg, namun kini rasuah boleh dijalankan dengan menggunakan
aplikasi dalam talian. Dan adakalanya duit dihantar ke akaun luar negara tanpa
meninggalkan sebarang kesan.” Tambahnya lagi .
Setiap langkah yang diambil oleh SPRM
adalah berdasarkan penanda aras yang dirujuk daripada kejayaan yang telah
dicapaikan oleh negara-negara luar.
Menurut beliau lagi, rasuah perlu ditangani di
setiap lapisan masyarakat bermula dari kecil
dan jadikannya sebagai budaya dan
moral.
Sebelum menutup bicara, Akses
Malaysia sempat bertanya mengenai perbezaan rasuah dan budaya memberi hadiah,
beliau tersenyum dan berkata ianya semua
bergantung kepada niat dan cara.
“ Kalau bagi duit raya atau angpow
itu memang normal memandangkan ianya budaya yang diamalkan di sini, tapi kalau duit
itu bernilai mencecah lima ribu ringgit , itu agak meragukan. ” jelasnya
sebelum mengakhiri bicaranya.
0 comments:
Post a Comment